PENDIDIKAN RENDAH

Skim Biasiswa Tempatan

Skim Biasiswa Program Pertukaran Pelajar - Semenanjung/Sabah/Sarawak

Skim Hadiah Cemerlang

Skim Bantuan Pakaian Seragam

Program Bantuan Susu Ke Sekolah-Sekolah

 

PENDIDIKAN TINGGI

Skim Pinjaman Pelajaran ~ Dalam Negara

Skim Pinjaman Pelajaran ~ Luar Negara

Skim Tabung Pusingan

Skim Bantuan Matrikulasi

Skim Bantuan Pra-Sains

Skim Pinjaman Komputer

 

PENDIDIKAN KOMUNITI

Program Kemahiran Keibubapaan

Program Kemahiran Pembelajaran

Program Kerjasama Yayasan Sarawak Dengan Jabatan Pelajaran Negeri

Program Bantuan Buku Bacaan

Program Peningkatan Matematik, Sains Dan Inggeris

World Style English Debate Challenge Trophy

Projek HIPERS (High Performance Rural Students)

 

KEMAHIRAN TEKNIKAL

Skim Pinjaman Latihan Kemahiran

 

SEKRETARIAT TABUNG PENDIDIKAN

Skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

Skim Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED)

Skim Biasiswa Tabung Amanah Bakun (TAB)

Skim Biasiswa Peringkat Sekolah Tabung Amanah Bakun (TAB)

Skim Pelajar Cemerlang Tabung Amanah Bakun (TAB)

 

BAYARAN BALIK PINJAMAN

Maklumat Asas Pembayaran Balik Pinjaman

Cara-Cara Bayaran Balik Pinjaman

 

 

PENDIDIKAN RENDAH

Skop Bantuan:  Tahun 1 hingga Tingkatan 6 Atas

 

SKIM BIASISWA TEMPATAN

 

Tujuan

*      Membantu pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak yang tiada kemampuan untuk membiayai persekolahan mereka;

*      Membolehkan mereka meneruskan persekolahan dan menggalakkan mereka mempertingkatkan prestasi akademik.

 

Bentuk bantuan

Bayaran tunai ke dalam akaun pelajar berdasarkan kadar-kadar seperti berikut:

*      Tahun 1 - 6         :  RM150.00 seorang setahun

*      Tingkatan 1 - 5   :  RM250.00 seorang setahun

*      Tingkatan 6        :  RM350.00 seorang setahun

 

Permohonan

*      Mendapat pengesahan Gurubesar atau Pengetua

*      Mohon melalui sekokah

 

Borang

*      Borang YS/4 (Pindaan 1/2006)

 

 

SKIM BIASISWA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR - SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK

 

Latarbelakang Skim

Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar pelajar cemerlang untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di:

*      Sekolah Berasrama Penuh/Kategori Khas di Semenanjung Malaysia serta;

*      Sekolah-sekolah yang terpilih di negeri Sarawak bagi pelajar-pelajar dari Sabah dan Semenanjung.

 

Tujuan

*      memupuk dan meningkatkan integrasi nasional

*      peluang untuk menikmati kemudahan pembelajaran di sekolah-sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

Bentuk bantuan

*      Yuran, buku dan alatulis

*      Tiket Penerbangan setiap tahun

*      Pakaian seragam masuk pakaian pasukan beruniform, jika ada.

*      Wang saku

 

Permohonan

*      Mohon penyertaan Program melalui Sekolah

*      Mohon tajaan daripada Yayasan Sarawak

*      Kelulusan daripada Kementerian Pelajaran

 

Borang

*      Borang YS12 (Pindaan 2/99)

 

 

SKIM HADIAH CEMERLANG

 

Tujuan

*      Insentif kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam

*      Menggalakkan para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.

 

Bentuk Hadiah

Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:

*      UPSR       :           RM100.00

*      PMR         :           RM200.00

*      SPM         :           RM500.00

*      STPM       :           RM700.00

 

Pemilihan

*      Pemilihan dilakukan dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia

 

 

SKIM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM

 

Tujuan

*      Memberi bantuan pakaian seragam kepada pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 yang kurang mampu;

*      Mengurangkan beban kewangan ibubapa apabila anak-anak mereka memasuki sekolah.

 

Bentuk bantuan

Pemberian pakaian sekolah merangkumi:

*      Pakaian seragam untuk lelaki dan perempuan

*      1 Beg sekolah

*      1 pasang kasut putih

 

Pemilihan

*      Pemilihan dilakukan oleh pihak sekolah.

 

 

PROGRAM BANTUAN SUSU KE SEKOLAH-SEKOLAH

 

Latarbelakang

*      Susu mengandungi zat yang hampir lengkap sangat sesuai untuk makanan tambahan boleh memperbaiki prestasi fizikal dan mental murid-murid sekolah.

 

Tujuan

*      Mempertingkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah;

*      Membimbing serta membentuk pengetahuan, sikap dan amalan terbaik berkaitan dengan kesihatan, makanan dan pemakanan.

 

Bentuk batuan

*      Penghantaran dan pemberian susu UHT dalam kotak ke sekolah-sekolah

 

 

PENDIDIKAN TINGGI

Skop Bantuan:  Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

 

Pengenalan

Skim bantuan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari di IPTA dan IPTS di dalam atau luar negara dari peringkat Sijil hingga ke PhD

 

SKIM PINJAMAN PELAJARAN ~ DALAM NEGARA

 

Tujuan

*      Memberi bantuan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi di dalam negara.

 

Bentuk bantuan

*      Pinjaman dengan dua (2) orang Penjamin bagi jumlah pinjaman melebihi RM20,000.00 dan hanya satu (1) orang penjamin bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah.

*      Amaun pinjaman tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Yayasan Sarawak

 

Kriteria kelayakan

*      Latar belakang sosio ekonomi

*      Mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi

 

Permohonan

*      Permohonan dibuka sepanjang tahun

*      Tidak mendapat tajaan atau pinjaman Badan-badan lain

 

Borang

*      Borang YS/1/2000 (Pindaan 2007)

 

 

SKIM PINJAMAN PELAJARAN ~ LUAR NEGARA

 

Tujuan

*      Membantu pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian pelajar

 

Bentuk bantuan

*      Pinjaman bercagaran (hartanah)

*      Amaun maksimum adalah RM100,000 untuk keseluruhan pengajian atau RM30,000 setahun

 

Permohonan

*      Dibuka sepanjang tahun

*      Kursus dan Institusi Pengajian hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

*      Pengajian Islam - memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia

*      Kredit matapelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

*      Tertakluk kepada peruntukan semasa

 

Borang

*      Borang YS/3 (Pindaan 1989)

 

 

SKIM TABUNG PUSINGAN

 

Tujuan

*      Memberi bantuan segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara

 

Bentuk bantuan

*      Pinjaman dengan amaun maksimum RM1,500.00 seorang bergantung kepada peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi

*      Pembayaran dibuat secara tunai, sekali sahaja.

*      Pelajar dikehendaki membayar balik sebaik sahaja mendapat penajaan

 

Permohonan

*      Terbuka kepada pelajar pada peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda.

*      Mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

*      Tertakluk kepada peruntukan semasa.

 

Borang

*      Borang YS/18/1996

 

 

SKIM BANTUAN MATRIKULASI

 

Tujuan

*      Memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Bentuk bantuan

*      Geran antara RM500.00 - RM1,000.00 tertakluk kepada pendapatan perkapita keluarga pelajar

*      Pemberian bantuan hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Matrikulasi

 

Permohonan

*      Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

*      Tertakluk kepada peruntukan semasa

 

Borang

*      Borang YS/17/2000

 

 

SKIM BANTUAN PRA-SAINS

 

Tujuan

*      Membantu pelajar yang mengikuti pengajian peringkat pra-sains di UiTM sebagai Galakan kepada pelajar untuk menceburi bidang sains dan teknikal  pada peringkat Diploma dan seterusnya.

 

Bentuk bantuan

*      Geran berjumlah RM1,000.00

*      Diberi hanya sekali sepanjang pengajian di peringkat Pra-Sains

 

Permohonan

*      Mendapat surat tawaran daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)

*      Tertakluk kepada peruntukan semasa

 

Borang

*      Borang YS/18/2000

 

 

SKIM PINJAMAN KOMPUTER

 

Tujuan

*      Membantu pelajar Sarawak yang menuntut di IPTA (termasuk Politeknik) di seluruh Malaysia membeli komputer.

 

Bentuk bantuan

*      Pinjaman dengan jumlah RM2,000.00

 

Permohonan

*      Keutamaan kepada pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma ke Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam

*      Tertakluk kepada peruntukan semasa

 

Borang

*      Borang YS/19/2001

 

 

PENDIDIKAN KOMUNITI

Skop Program:  Pelajar, Belia, Ibubapa, dan Komuniti

 

Pengenalan

Program kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga.

 

Sasaran

*      Ibu bapa,

*      Pelajar sekolah rendah dan menengah,

*      Belia lepasan sekolah dan

*      Pemimpin masyarakat.

 

Modul Program

*      Inspirasi dan motivasi diri

*      Pengurusan diri dan pengurusan masa

*      Cara belajar berkesan

*      Persediaan menghadapi peperiksaan

 

Pelaksanaan Program

*      Semua kos dibiayai oleh Yayasan Sarawak

 

 

PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

 

Tujuan

*      Memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran tentang peranan ibubapa di dalam pembangunan pendidikan anak-anak.

 

Bentuk program

*      Ceramah, bengkel, dan seminar

 

Permohonan

*      Mengemukakan Kertas Kerja ringkas

*      Melalui Persatuan Ibubapa dan Guru

*      Mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar

 

Borang

*      Borang YS/PK/3

 

 

PROGRAM KEMAHIRAN PEMBELAJARAN

 

Tujuan

*      Memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar tentang teknik pembelajaran berkesan ke arah kecemerlangan.

 

Bentuk program

*      Ceramah, bengkel, dan seminar

 

Permohonan

*      Mengemukakan Kertas Kerja ringkas

*      Mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar

 

Borang

*      Borang YS/PK/3

 

 

PROGRAM KERJASAMA YAYASAN SARAWAK DENGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI

 

Tujuan

*      Untuk memangkin pendidikan di Sarawak ke tahap yang cemerlang

 

Bentuk program

*      Menyedia perkhidmatan dan latihan yang sesuai secara kerjasama

*      Menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan program dan aktiviti dan pembelian bahan pengajaran-pembelajaran

 

 

PROGRAM BANTUAN BUKU BACAAN

 

Tujuan

*      Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya sains, matematik dan bahasa Inggeris.

 

Bentuk program

*      Membiayai pembelian buku-buku bacaan untuk diedarkan ke sekolah-sekolah rendah

 

 

PROGRAM PENINGKATAN MATEMATIK, SAINS DAN INGGERIS

 

Tujuan

*      Menangani 30% - 35% murid sekolah rendah yang berprestasi sederhana dan pinggiran (Galus atau gagal lulus) dalam subjek Matematik, Sains dan Inggeris tetapi berpotensi lulus dengan cemerlang.

*      Menanamkan minat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan murid  dan masyarakat (ibu bapa) tentang pentingnya dan kebolehbelajaran mata pelajaran sains agar mereka menggemarinya.

 

Permohonan

*      Mengemukakan Kertas Kerja ringkas

*      Mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar

 

 

WORLD STYLE ENGLISH DEBATE CHALLENGE TROPHY

 

Pengenalan

Satu program kerjasama Yayasan Sarawak dengan institusi pengajian tinggi di Sarawak

 

Tujuan

*      Menggalakkan para pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan untuk melibatkan diri dalam kemahiran perbahasan serta menguasai bahasa Inggeris.

*      Membina keyakinan, personaliti dan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan peserta.

 

Bentuk Program

*      Pertandingan debat tahunan dikelolakan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Sarawak secara bergilir-gilir

*      Kos dibiayai oleh Yayasan Sarawak sepenuhnya

 

 

PROJEK HIPERS (HIGH PERFORMANCE RURAL STUDENTS)

 

Tujuan

*      Meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di luar Bandar;

 

Pelaksanaan projek

*      Pembiayaan kelas tuisyen

*      Pembiayaan bengkel pembelajaran

*      Bantuan alat tulis dan bahan pengajaran dan pembelajaran

 

 

KEMAHIRAN TEKNIKAL

Skop Bantuan:  Pelajar Institusi Kemahiran Awam dan Swasta

 

SKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN

 

Tujuan

*      Membantu pelajar mengikuti latihan kemahiran di institusi kemahiran di Malaysia bagi mendapatkan Sijil Kemahiran sahaja

*      Memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak berjaya mengikuti pendidikan secara formal agar dapat memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang kemahiran.

*      Membina keyakinan diri untuk berdikari dan bersaing agar dapat merebut peluang pekerjaan yang wujud bagi menjamin kehidupan yang produktif.

*      Mengelakkan pembabitan belia dalam kegiatan kurang sihat dan memberi peluang kepada mereka agar mampu memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan negara.

 

Bentuk bantuan

Pinjaman dengan 2 orang penjamin merangkumi:

*      Elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian

*      Yuran latihan,

*      Tiket penerbangan sekali pergi dan balik

 

Kelayakan

*      Mempunyai kemahiran asas akademik iaitu membaca, menulis dan mengira.

*      Lepasan PMR/SPM/STPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi yang formal di Malaysia

*      Berminat untuk mengikuti kursus kemahiran.

*      Pekerja di sektor awam dan swasta yang berminat untuk meningkatkan pencapaian kemahiran masing masing secara sepenuh masa, dan

*      Berusia 16 tahun ke atas dan tidak melebihi 25 tahun dan berminat untuk mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa.

 

Permohonan

*      Permohonan diterima setelah diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

*      Borang YS/T.155/Pindaan 3

 

 

SEKRETARIAT TABUNG PENDIDIKAN

 

SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

 

Tujuan

*      Hadiah kepada para pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara

 

Bentuk bantuan

Biasiswa penuh merangkumi:

*      Yuran pengajian

*      Elaun sarahidup untuk sepanjang tempoh pengajian

*      Tiket penerbangan sekali pergi dan balik (Sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara)

 

Kelayakan

*      Keutamaan kepada pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik

*      Aktif dalam kegiatan ko-korikulum

*      Pengajian pada peringkat pengajian ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran dan kepakaran

*      Mengikui kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah

*      Lulus temuduga

 

Permohonan

*      Permohonan diterima setelah diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

 

Borang

*      Borang YBSTAR/1/2000

 

 

SKIM PINJAMAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI SARAWAK (HiED)

 

Tujuan

*      Memberi bantuan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Sarawak dalam jurusan Kejuruteran dan Ukur Bahan

 

Bentuk bantuan

*      Pinjaman dengan dua (2) orang Penjamin bagi jumlah pinjaman melebihi RM20,000.00 dan hanya satu (1) orang penjamin bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah.

*      Amaun pinjaman tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh  Sekretariat

 

Kriteria kelayakan

*      Latar belakang sosio ekonomi

*      Mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi

 

Permohonan

*      Permohonan dibuka sepanjang tahun

*      Tidak mendapat tajaan atau pinjaman Badan-badan lain

 

Borang

*      Borang YS/1/2000 (Pindaan 2007)

 

 

SKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN (TAB)

 

Tujuan

*      Memberi bantuan kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga, yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam Negara.

 

Bentuk bantuan

*      Biasiswa - Peringkat Sijil ke Ijazah Sarjana Muda

*      Pinjaman - Ijazah Sarjana hingga PhD, dengan seorang (1) Penjamin dengan amaun pinjaman untuk yuran pengajian sahaja

 

Kriteria kelayakan

*      Latar belakang sosio ekonomi

*      Mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi

 

Permohonan

*      Permohonan dibuka sepanjang tahun

*      Tidak mendapat tajaan atau pinjaman Badan-badan lain

 

Borang

*      Borang BCT/1

 

 

SKIM BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH TABUNG AMANAH BAKUN (TAB)

 

Tujuan

*      Memberi bantuan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang berasal dari Daerah Belaga.

 

Bentuk bantuan

*      Biasiswa sekali setahun dengan amaun yang ditetapkan oleh JK Pendidikan TAB

 

Kriteria kelayakan

*      Prestasi Akademik yang memuaskan atau purata markah sekurang-kurangnya 50%

*      Pendapatan ibubapa tidak lebih RM800.00 sebulah bagi yang tinggal di daerah Belaga

*      Pendapatan ibubapa tidak lebih RM1,500.00 sebulah bagi yang tinggal di luar daerah Belaga

 

Permohonan

*      Permohonan dibuka sepanjang tahun

*      Tidak mendapat tajaan atau pinjaman Badan-badan lain

 

Borang

*      Borang BCT/2

 

 

SKIM PELAJAR CEMERLANG TABUNG AMANAH BAKUN (TAB)

 

Tujuan

*      Insentif kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam

*      Menggalakkan para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.

 

Bentuk Hadiah

Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:

*      UPSR (4A 1C)                                         :           RM100.00

*      PMR (10 Orang pelajar tarbaik)            :           RM150.00

*      SPM (10 Orang pelajar tarbaik)            :           RM200.00

*      STPM(10 Orang pelajar tarbaik)           :           RM250.00

 

Pemilihan

*      Pemilihan dilakukan oleh pihak sekolah

 

Kelayakan

*      Pelajar yang berasal dan menuntut di sekolah dalam daerah Belaga

 

 

SEKSYEN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Memimpin kearah matlamat pembayaran balik pinjaman pelajaran anda

 

 MAKLUMAT ASAS PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

Tempoh Matang Bayaran Balik pinjaman

*      Sijil/Diploma – 6 bulan selepas tamat pengajian.

*      Ijazah/Pasca Ijazah – 12 bulan selepas tamat pengajian.

 

Kaedah Pembayaran

*      Pembayaran di kaunter Tingkat 9, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

*      Potongan Gaji Melalui Majikan.

*      Potongan Gaji Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.

*      Pembayaran Melalui Kaunter 61 Cawangan Pejabat Pos seluruh Sarawak.

*      Pembayaran Melalui ‘Online’

o       CIMB Clicks.

o       Post Malaysia Online.

o       Arahan Bayaran Tetap Bank (Bank  standing instruction).

o       Paybills Malaysia.

 

 

CARA-CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN

Sila rujuk kepada surat tawaran atau perjanjian pinjaman anda atau hubungi Yayasan Sarawak.

*      Pembayaran di kaunter Pejabat Pos Malaysia

o       Dengan mengisi butir-butir maklumat dalam slip pembayaran yang disediakan.

*       Potongan Gaji

o      Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama/alamat dan nombor telefon kepada Seksyen Bayaran Balik, melalui e-mail ys@yayasan.org.my atau surat rasmi.

o    Pihak kami juga boleh membantu anda untuk menghubungi  BIRO Perkhidmatan Angkasa  untuk membuat pembayaran melalui potongan gaji.

*      Pembayaran Melalui Online

o       Anda juga boleh membuat pembayaran melalui laman web http://www.cimbclicks.com.my

o       Anda juga boleh membuat pembayaran melalui laman web Post Malaysia https://www.posonline.com.my dan

o       Anda juga boleh membuat pembayaran melalui Paybills Malaysia melalui laman web https://www.paybillsmalaysia.com