SKIM BANTUAN TIKET PENERBANGAN
KEPADA PELATIH DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

Pengenalan
Skim ini diperkenalkan pada tahun 1995 dengan bertujuan untuk menyediakan bantuan tiket penerbangan kepada
pelatih-pelatih yang mendapat tawaran bagi mengikuti kursus-kursus kemahiran di semua ILP di negara ini.
Objektif :
-
Untuk membantu mengurangkan bebanan pelatih-pelatih yang kurang mampu mendaftarkan diri di ILP bagi
meneruskan latihan masing-masing.
-
Untuk membolehkan pelatih-pelatih meningkatkan kemahiran teknikal bagi mengisi keperluan tenaga kerja teknikal
di Sarawak
Permohonan :
-
Permohonan dibuka dua kali setahun iaitu selari dengan tarikh kemasukan yang ditetapkan oleh pihak ILP.
- Terbuka kepada bakal pelatih yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP)di
semua ILP di Malaysia.
- Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan Skim Bantuan ILP dengan lengkap yang disertakan dalam
surat tawaran kemasukan masing-masing. Borang permohonan hendaklah dikepilkan
dengan salinan surat kemasukan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah
disahkan.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Jabatan Tenaga Rakyat.
Lain-lain :
Tiket penerbangan akan disediakan oleh Yayasan Sarawak.