
|
© Copyright YAYASAN SARAWAK All rights reserved
© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK
This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels
|
|
 |
| |
SKIM TABUNG PUSINGAN
Pengenalan
Masalah kewangan kadangkala menjadi punca utama bagi pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke
menara gading terbengkalai dipersimpangan jalan. Menyedari akan hakikat ini maka pada tahun 1996, Yayasan
Sarawak telah memperkenalkan Skim Tabung Pusingan. Skim ini adalah untuk membantu para pelajar mengorakkan
langkah seterusnya.
Objektif :
-
Menyediakan pinjaman pendahuluan kepada pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
terutamanya dari golongan kurang berkemampuan.
-
Bantuan di peringkat awal ini adalah untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh para pelajar sebelum mereka mendapat
sebarang penajaan.
-
Untuk mengurangkan bebanan keluarga semasa pelajar hendak mendaftar di institusi pengajian tinggi.
Cara Memohon :
Para pelajar adalah dikehendaki
untuk mengisi dengan lengkap borang Skim Tabung Pusingan yang boleh didapati
daripada pejabat Yayasan Sarawak. Setiap permohonan hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan salinan
surat tawaran kemasukan dan penyata gaji bulanan ibubapa (jika ada).
Pemprosesan :
Yayasan Sarawak akan memproses
permohonan berkenaan dalam masa yang singkat dan permohonan yang
berjaya akan dimaklumkan dengan segera. Setiap permohonan yang berjaya akan menerima
pinjaman pendahuluan dalam lingkungan RM1000-RM1500.
Pembayaran Balik :
Pembayaran balik pinjaman
berkenaan akan dibuat sekaligus oleh pihak Bendahari institusi tempat pelajar
menuntut setelah pelajar menerima tawaran pinjaman atau biasiswa dari mana-mana
badan penaja.
|
|
|
|
|
|
 |
 |
|
|
|