Pengenalan
Skim ini diperkenalkan semenjak
tahun 1972. Skim ini menyediakan pinjaman kepada pelajar yang hendak dan sedang melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan anjuran kerajaan.
Objektif :
-
Untuk membantu
pelajar-pelajar Sarawak melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
tempatan dengan jayanya.
- Untuk membolehkan mereka
meneruskan pengajian mereka tanpa perlu dibebani isu kewangan
- Untuk menggalakkan pelajar
agar berusaha dengan gigih supaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.
Cara Memohon :
-
Mengisi borang permohonan Skim
Pinjaman Pelajaran dengan lengkap.
-
Sumber borang : Pejabat Yayasan
Sarawak, semua Pejabat Residen dan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian
dan institusi pengajian tinggi tempatan.
-
Dokumen sokongan : Salinan sijil-sijil
peperiksaan, surat tawaran kemasukan dan keputusan peperiksaan (bagi pemohon-pemohon
yang sedang berkursus) dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan
-
Tawaran Permohonan : Diiklankan
di akhbar-akhbar tempatan
Pemprosesan :
Permohonan yang lengkap
dengan butir-butir yang dikehendaki akan diproses dan dipertimbangkan berdasarkan
kepada kriteria yang telah ditetapkan.
- Latar belakang sosio ekonomi
- Akademik
- Kursus
- Tahun pengajian
Keputusan :
Keputusan permohonan akan
dimaklumkan kepada pelajar setelah selesai pemprosesan.
Lain-Lain Kemudahan :
1. Skim Pinjaman Praktikal
-
Disediakan untuk memberi kemudahan
kepada pelajar yang menerima Skim Pinjaman Pelajaran menjalankan latihan
praktikal semasa cuti semester dan tidak menerima elaun praktikal daripada
mana-mana pihak. Skim ini menyediakan bantuan elaun harian kepada pelajar
2. Skim Pinjaman Tambahan
-
Disediakan untuk memberi kemudahan
kepada pelajar yang sepatutnya menamatkan pengajian pada satu tempoh yang
ditetapkan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu
supaya pelajar berpeluang menamatkan pengajian mereka.
3. Skim Pinjaman Tesis
-
Disediakan untuk membantu pelajar
peringkat ijazah menyediakan tesis atau kertas projek. Bagi melayakkan
pelajar mendapat pinjaman ini, ianya penyediaan tesis adalah satu syarat
wajib oleh IPT sebelum pelajar menamatkan pengajian masing-masing. Jumlah
yang disediakan bernilai RM500.
4. Kenaikan Khas
-
Disediakan untuk pelajar yang
menerima Skim Pinjaman Pelajaran dan mendapat pencapaian yang baik dan
ditawarkan terus oleh IPT melanjutkan pelajaran daripada peringkat diploma
ke ijazah dalam kursus yang sama secara berterusan.