Pengenalan
Skim Bantuan Matrikulasi
diperkenalkan dengan bertujuan untuk membantu para pelajar yang mendapat tawaran
untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat matrikulasi di pusat-pusat
matrikulasi bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian mereka disamping
bantuan yang diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan :
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap dan mengembalikan borang berkenaan pada atau
sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.
Setiap permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan surat tawaran pengajian peringkat Matriklasi / Asasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja dan
pengajian dijalankan di Pusat-Pusat Matrikulasi tempatan.
- Tawaran ini dibuka kepada para pelajar yang terlibat dengan kemasukan pada tahun SEMASA sahaja pada setiap tahun
- Borang yang telah dilengkapkan mestilah dikembalikan dalam dua salinan bersama-sama dengan 2 set salinan
dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti dinyatakan di bawah ini:
- Surat tawaran kemasukan matrikulasi
- Sijil atau resit bayaran pendaftaran
- Kad pengenalan>
- Sijil lahir
- Sijil SPM & tamat sekolah
- Slip pendapatan ibu bapa dan juga surat pengesahan pendapatan oleh Penghulu / Pegawai Daerah juga tidak mempunyai
slip gaji
Kadar Bantuan :
Setiap pelajar akan menerima pinjaman bernilai RM1,000* setahun.
*Kadar ini adalah tertakluk kepada perubahan.