© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
 

SKIM PINJAMAN KOMPUTER


Pengenalan
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 bagi membantu para pelajar Sarawak yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi (termasuk Politeknik) di seluruh Malaysia untuk membeli komputer.

Objektif :

Untuk membantu mempertingkatkan prestasi para pelajar, terutama sekali dari segi penyediaan kertas kerja, kertas projek, tesis dan sebagainya.

Permohonan :


  • Skim ini terbuka kepada semua pelajar Sarawak yang menuntut di IPTA secara sepenuh masa.

  • Keutamaan diberi kepada para pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun kedua.

  • Setiap permohonan hendaklah mendapat sokongan daripada pihak universiti.

  • Permohonan hendaklah juga disertakan bersama satu salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
    • Surat tawaran
    • Slip keputusan peperiksaan semester terkini

  • Permohonan ini dibuka pada bulan Jun-Julai dan setiap pelajar adalah diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat Yayasan Sarawak dan dihantar ke pejabat Yayasan Sarawak dengan mengepilkan bersama surat tawaran dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

Kadar Bantuan :
Setiap pelajar akan menerima pinjaman bernilai RM2,000 seorang.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs