© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
 
SKIM BIASISWA TEMPATAN YAYASAN SARAWAK



Skim Biasiswa Tempatan mula diperkenalkan pada tahun 1972 untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak yang kurang mampu untuk membiayai persekolahan mereka.

Tawaran untuk skim ini dibuat dua kali setahun. Tawaran pertama ialah pada bulan Januari sementara tawaran kedua pula ialah pada bulan Jun.

Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah masing-masing.

Pemilihan dan pertimbangan dibuat berdasarkan kepada latar belakang keluarga pemohon, berdisiplin dan mempunyai pencapaian akademik yang baik dan diperakukan oleh pihak sekolah.

Kadar :
Pembayaran dibuat dalam tiga peringkat dalam setahun dan kadar yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut peringkat persekolahan seperti berikut:

Peringkat
Tahun/Ting.
Kadar setahun (RM)
Sekolah Rendah
1 - 6
185
Sekolah Menengah Rendah
1 - 2
245
 
3
270
Sekolah Menengah Atas
4
305
 
5
435
 
6 Rendah
370
 
6 Atas
575

Bantuan yang disediakan dibawah Skim ini meliputi:

1. Wang Saku
2. Pakaian Seragam
3. Yuran Peperiksaan Umum

Yuran peperiksaan dibayar mengikut kadar sebenar peperiksaan umum yang dikenakan ke atas setiap pelajar.

Pembayaran kepada penerima akan disalurkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan membayar kepada penerima biasiswa tempatan dan kemudiannya dimasukkan ke dalam buku akaun penerima masing-masing.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs