© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
 
PENGURUSAN YAYASAN SARAWAK

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN & SISTEM

Bahagian ini bertanggungjawab mengurus pentadbiran am, perjawatan, perhubungan awam, perkomputeran, latihan, pembangunan organisasi, dan aktiviti peningkatan kualiti di samping menjalankan fungsi sokongan melalui pengawasan dan pengurusan sumber kewangan, membuat pembayaran, menyediakan peruntukan kewangan, dan mengawasi perbelanjaan Yayasan Sarawak. Ia terbahagi kepada 4 Seksyen iaitu :

    Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
    Seksyen ini menguruskan pentadbiran am dan pengurusan personnel di Yayasan Sarawak.

    Seksyen Kewangan
    Seksyen ini bertanggungjawab mengurus, mengawal dan memantau sistem kewangan di Yayasan Sarawak bagi mempastikan ia diurus dengan berkesan disamping mempastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membiayai aktiviti-aktivitinya.

    Seksyen Sistem Maklumat
    Seksyen ini bertanggungjawab mengurus sistem pengkomputeran di Yayasan Sarawak supaya ia dapat memberi khidmat sokongan yang berkesan terhadap seksyen-seksyen lain.

    Seksyen Kualiti & Perhubungan Korporat
    Seksyen ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program peningkatan kualiti, menguruskan perhubungan awam serta pembangunan organisasi. Selain itu, seksyen ini juga merangka dan menyelenggara latihan untuk warga kerja Yayasan Sarawak bagi memastikan setiap wargakerja mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs