© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
 
PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU

URUSETIA PROGRAM PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU

Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) bertujuan untuk menggalakkan pekerja-pekerja ketukangan mahir dan separuh mahir dan lepasan Institusi Teknikal di Sarawak mempersijilkan ketrampilan dan pengalaman kerja serta meningkatkan kelayakan sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi.

Sistem Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) / Accreditation of Prior Achievement (APA) adalah satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi ketrampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu. Sistem ini membuka peluang yang lebih luas kepada sesiapa sahaja yang sememangnya telah mempunyai kemahiran melalui pengalaman kerja dan latihan yang lalu dan berhasrat untuk dipersijilkan tanpa perlu melalui satu ujian khas.

Melalui proses Pentauliahan Pencapaian Terdahulu, pemohon boleh mengemukakan bukti kemahiran yang dimiliki untuk dinilai sebelum kemahiran tersebut diiktiraf sebagai layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Penyata Pencapaian (PC) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 26 Julai 1998, Pusat Urusetia PPT Yayasan Sarawak telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kursus khas PPT, Bengkel Pembangunan Portfolio dan memberi bimbingan dan kaunseling kepada bakal calon-calon SKM.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs