© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
 
PENDIDIKAN KOMUNITI

Pendidikan Komuniti Yayasan Sarawak merupakan program berbentuk latihan atau bimbingan yang berterusan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai sikap positif di kalangan masyarakat dari pelbagai lapisan - pelajar, ibu bapa, rakan sebaya, pemimpin masyarakat dan masyarakat umumnya. Program ini berusaha membantu mereka merealisasikan impian dan potensi diri serta meningkatkan kualiti hidup agar menjadi masyarakat yang berilmu dan berwawasan untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.

Program ini memainkan peranan penting dalam usaha membentuk masyarakat berilmu (Knowledge-based community) supaya mereka sentiasa selari dengan tuntutan-tuntutan globalisasi dan kemajuan teknologi komunikasi dan informasi.

Program Pendidikan Komuniti Yayasan Sarawak memberi tumpuan kepada usaha:

  • Membekalkan ibu bapa dengan kemahiran dalam melahirkan anak-anak cemerlang bukan hanya dalam pencapaian akademik tetapi juga meliputi kehidupan secara umumnya.
  • Menyemai kesedaran di kalangan para pelajar tentang betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan.
  • Mendedahkan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran serta strategi-strategi asas dalam pembelajaran.
  • Membina keyakinan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan melalui pendedahan terhadap panduan dan strategi dalam menghadapi peperiksaan.
  • Menghayati peranan masyarakat dalam pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran.
  • Menghayati peranan rakan sebaya dalam memimpin kumpulan rakan-rakan yang lain ke arah pembentukan individu yang cemerlang.
  • Mengenalpasti masalah, isu dan cabaran dalam pembangunan pendidikan, terutama di luar bandar serta mengambil langkah awal dalam membantu mengatasinya.

Kursus Kesedaran Pendidikan
Kursus yang berbentuk motivasi ini berhasrat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar tentang pentingnya pendidikan bagi menjamin masa depan yang cemerlang. Melalui kursus ini, para pelajar dibimbing untuk membentuk visi dan misi diri, merancang strategi mencapai matlamat dan membentuk tabiat dan sikap yang positif.

Kursus Teknik Belajar Cemerlang
Melalui kursus ini, para pelajar dibimbing untuk menguasai beberapa aspek pengurusan diri serta teknik dan kaedah belajar yang sistematik dan berkesan. Dengan kemahiran-kemahiran berkenaan, pera pelajar dapat memperlengkap dan menyediakan diri untuk belajar secara lebih berkesann, lantas mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik.

Bengkel Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Dalam bengkel ini, para pelajar didedahkan kepada strategi umum untuk menghadapi peperiksaan, skema pemarkahan dan teknik dalam menjawab kertas soalan peperiksaan dalam mata pelajaran-mata pelajaran teras.

Seminar Kecemerlangan Keibubapaan
Seminar ini bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang pentingnya pendidikan bagi menjamin masa depan yang cemerlang. Antara lain, penekanan yang diberikan dalam seminar ini adalah berkaitan dengan kemahiran-kemahiran asas dalam pembangunan keluarga serta peranan, tanggungjawab dan teknik dalam membimbing anak-anak ke arah masa depan yang cemerlang.

Khemah / Kem Kepimpinan
Program ini berbentuk latihan sepadu, seimbang dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal dan spiritual. Berlandaskan konsep "Leadership and Team Building", Pelajar-pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi diri, penerapan sifat-sifat kepimpinan dan pembinaan kumpulan. Program ini diharap akan dapat membantu para pelajar mengenalpasti dan menjana potensi diri serta memotivasikan mereka agar berdaya progresif, mempunyai dayatahan dan dayasaing yang tingg, memiliki sifat-sifat yang terpuji serta membina semangat kepimpinan diri dan pasukan.

Kem Jati Diri
Kem Jati Diri merupakan satu produk baru Yayasan Sarawak untuk belia yang berasaskan falsafah "I do I understand" yang bertujuan untuk menghasilkan Pemimpin Abad Ke-21 yang menguasai ilmu dan kemahiran kepimpinan serta membentuk sikap yang positif.

Dengan bertemakan Kepimpinan Berkesan Teras Semangat Berpasukan, Kem Jati Diri ini dilaksanakan secara experiential and learning melalui aktiviti-aktiviti ekspedisi kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan, Simulasi dan Refleksi yang berbentuk hands-on dan heads-on. Kurukulum Kem Jati Diri berteraskan ekspedisi kepimpinan yang mengintegrasikan ilmu, kemahiran dan sifat kepimpinan.

Projek Hipers
Projek Peningkatan Pencapaian Sekolah-Sekolah Luar Bandar (HIPERS – High Performance Rural Schools) mula diperkenalkan pada tahun 1996. Projek ini bertujuan untuk membantu mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar dalam usaha untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan luar bandar serta melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing dalam era globalisasi, melalui pendekatan-pendekatan atau strategi-strategi seperti kelas bimbingan akademik, penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD), bengkel persediaan menghadapi peperiksaan untuk murid dan pelajar projek HIPERS, penyediaan kertas-kertas soalan latihan dan bengkel guru-guru HIPERS.

Penglibatan sekolah-sekolah dalam projek ini adalah atas cadangan dan pemilihan yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.

Program Kerjasama Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Program ini dimulakan pada tahun 1998 dengan matlamat untuk memastikan pendidikan di Sarawak mencapai tahap kecemerlangan selaras dengan kemajuan dan perkembangan semasa. Antara bidang kerjasama yang dipersetujui meliputi perundingan, latihan dalam perkhidmatan, perolehan bahan Bantu mengajar dan belajar, penggalakan sains dan teknologi projek khas seperti Projek Peningkatan Matematik, Sains dan English.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs