PEJABAT CAWANGAN KAMI

Yayasan Sarawak juga mempunyai pejabat cawangan di Kuala Lumpur dan
London bagi membantu melicinkan perlaksanaan aktiviti-aktivitinya.
Pejabat Kuala Lumpur menjalankan fungsi sokongan kepada ibupejabat termasuklah
menyediakan pengangkutan, berhubung dengan sekolah dan universiti, mengatur
jadual penerbangan pelajar, menganjur seminar dan program perkampungan,
membuat bayaran ke sekolah dan menjaga kebajikan pelajar tajaan.

Pejabat cawangan di London pula berperanan menjaga kebajikan pelajar-pelajar
Sarawak yang menuntut di United Kingdom dengan dibantu oleh Jabatan Penuntut
Malaysia.