
|
© Copyright YAYASAN SARAWAK All rights reserved
© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK
This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels
|
|
 |
| |
PIAGAM PELANGGAN YAYASAN SARAWAK
Selaras dengan objektif YAYASAN SARAWAK
dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami, kami di Yayasan Sarawak berjanji
kepada pelanggan kami untuk :
- Memberi bantuan pendidikan dengan segera dan cekap supaya mereka dapat mengikuti dan merebut peluang pendidikan yang sedang diikuti atau ditawarkan tanpa menghadapi masalah kewangan
- Memberi kesedaran pendidikan supaya mereka sedar peranan dan tanggungjawab bersama ke arah memajukan pendidikan untuk semua dan seterusnya menyedarkan mereka bahawa pendidikan adalah pelaburan penting untuk masa hadapan
- Memberi maklumat pendidikan yang terkini dan terperinci supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat dalam perancangan pendidikan mereka.
- Membantu Kerajaan Negeri menjana dan mengembangkan aktiviti-aktiviti yang boleh memajukan bidang pendidikan di negeri Sarawak
- Membantu Kerajaan Negeri merancang dan melahirkan sumber tenaga manusia yang terlatih dalam berbagai bidang demi kemajuan negeri dan negara
- Membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan yang berkaitan meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan akibat kemalangan dan bencana
Dalam melaksanakan janji-janji di atas, kami beriltizam
untuk memberi sumbangan yang terbaik dengan mengamalkan budaya kerja yang
cekap, amanah, mesra, sabar dan berdedikasi. Selaras dengan itu, kami akan
memastkani bahawa :
-
Pembayaran Skim Biasiswa Tempatan kepada sekolah akan dibayar
dalam tempoh 2 minggu selepas penerimaan laporan prestasi pelajar yang
lengkap.
-
Pembayaran Skim Pinjaman Pelajaran kepada pelajar akan dibayar
dalam tempoh 2 minggu selepas penerimaan keputusan peperiksaan yang lengkap.
-
Mengeluarkan resit pembayaran balik Pinjaman Pelajaran dalam
tempoh 3 hari jika ia diterima melalui pos dan sertamerta jika ia dibayar
dikaunter.
-
Menyediakan Penyata Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dalam
tempoh 3 hari, jika diminta.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN KEWANGAN
-
Menyediakan keselesaan dan kemudahan semasa berurusan dengan
Yayasan Sarawak
-
Menangani aduan dengan serta merta dan memaklumkan pelanggan
dalam tempoh tidak lebih dari dua minggu daripada tarikh penerimaan aduan.
-
Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dari semasa
ke semasa
-
Membayar pembekal-pembekal yang membekal perkhidmatan kepada
Yayasan Sarawak tidak lebih daripada sebulan daripada penerimaan bil yang
lengkap
PELABURAN DAN HARTANAH
Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, kami berpegang
kepada slogan UTAMA iaitu sentiasa memberi keutamaan kepada kualiti
dan pelanggan kami.
UTAMA bermaksud :
|
U
|
- Unggul |
|
T
|
- Tepat & Telus |
|
A
|
- Amanah & Akauntabiliti |
|
M
|
- Mesra |
|
A
|
- Aktif |
|
|
|
|
 |
 |
|
|
|