Yayasan Sarawak merupakan satu agensi kerajaan
yang terpenting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan
pendidikan. Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan
yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan.
Seterusnya ia menjurus kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini
khasnya dan negara amnya.
Dalam hal ini, penyebaran maklumat berkenaan program-program
dan skim-skim ini haruslah berkesan. Ianya harus mempunyai jangkauan
sebeberapa jauh dan luas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan
penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan
dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet.
Saya amat berbangga dengan usaha pihak pengurusan
Yayasan Sarawak membangunkan homepage ini. Homepage ini merupakaan
satu kemajuan di dalam usaha Yayasan Sarawak menyebarkan maklumat di samping
merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan
saya agar hasil usaha ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, terutama
sekali para pelajar.
Dalam pada itu, saya amat yakin Yayasan Sarawak
akan terus berusaha untuk mempelbagaikan skim-skim bantuan pendidikan agar
ianya dapat memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini.
Sekian, terima kasih.