Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera;
Melalui laman web ini, pelbagai maklumat telah kami sediakan untuk kemudahan umum. Di samping penyaluran maklumat
melalui buletin, brosur, pameran dan sebagainya, kami berpendapat bahawa laman web ini akan dapat memberi maklumat pada
bila-bila masa tanpa had dan batas sempadan sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat masakini.
Yayasan Sarawak akan berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada pelanggannya supaya mereka
dapat mengetahui tentang program-program pendidikan yang telah disediakan dan juga tentang peranan serta tanggungjawab
Yayasan Sarawak.
Adalah menjadi azam saya dan warga Yayasan Sarawak keseluruhannya untuk menjadikan Yayasan Sarawak sebuah organisasi
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan atau "service-oriented", Yayasan
Sarawak akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada semua pelanggannya.
Semoga maklumat yang ada di laman web ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan kami.
Sekian, terima kasih
