
|
© Copyright YAYASAN SARAWAK All rights reserved
© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK
This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels
|
|
 |
| |
PENUBUHAN DAN OBJEKTIF
Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak sebagai
Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971. Objektif penubuhan,
berdasarkan Ordinan adalah seperti berikut:
-
Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam
apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat
Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti
atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut
terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
-
Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat
negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang
institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti
di dalam negara;
-
Memberikan biasiswa atau bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan
penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat negeri Sarawak
khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
-
Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan pertimbangan Lembaga, berada di dalam keadaan memerlukan bantuan
atau kemudahan berkenaan;
-
Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya
kepada organisasi atau institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk
tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal.
|
|
|
|
|
 |
 |
|
|
|