© Copyright
YAYASAN SARAWAK
All rights reserved

© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK

This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels


 
Pengerusi Pengarah Alamat Kami Visi Kami Misi
  KHIDMAT BIMBINGAN PELAJAR

Yayasan Sarawak turut menyediakan perkhidmatan bimbingan untuk pelajar dalam usaha untuk memberikan pendedahan dan garis panduan kepada mereka mengenai peluang-peluang pendidikan dan penajaan. Selain itu, bimbingan turut diberikan kepada pelajar yang akan/telah tamat pengajian. Khidmat bimbingan ini dilaksanakan melalui dua program khusus iaitu :
1. Program Orientasi Pelajar

Pengenalan
Program orientasi pelajar merupakan satu bentuk khidmat Yayasan Sarawak kepada para pelajar bagi membantu mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat supaya mereka mampu menyediakan diri di samping membina keyakinan diri sebelum mereka melanjutkan pengajian masing-masing. Aspek yang menjadi tumpuan ialah memilih jurusan yang sesuai, peluang-peluang penajaan, kaedah belajar di institusi pengajian tinggi, kaedah permohonan dan kehidupan di kampus.

Objektif :

  • Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan yang ada di negara ini khususnya di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, aspek penajaan dan kehidupan di kampus.
  • Untuk memberi panduan kepada pelajar mengenai pemilihan bidang pengajian yang sesuai di institusi pengajian dan peluang kerjaya daripada bidang yang dipilih.
  • Untuk menyemai sikap berdikari dan keyakinan diri di kalangan pelajar agar mereka bersedia menghadapi perubahan dan cabaran di institusi pengajian tinggi awam tempatan.
  • Untuk memupuk jaringan kerjasama yang lebih erat antara Yayasan Sarawak dengan para pelajar, sekolah badan-badan penajaan, institusi pengajian tinggi, badan-badan bukan kerajaan (NGO), jabatan dan agensi kerajaan serta agensi swasta.
2. Program Penerokaan Kerjaya

Pengenalan
Melalui program ini, para pelajar yang akan/telah tamat pengajian dibantu untuk membuat persediaan bagi menghadapi alam kerjaya. Program ini juga memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang-peluang kerjaya dan pasaran tenaga kerja di negeri ini.

Objektif :

  • Untuk memberi pendedahan kepada siswa/i mengenai pasaran tenaga kerja terkini yang ada di negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
  • Untuk menyedia dan menyebarkan maklumat kepada siswa/i dari aspek struktur, penubuhan, fungsi, aktiviti, peluang-peluang kerjaya, dasar pengambilan pekerjaan dan lain-lain dalam sesebuah organisasi dan agensi.
  • Untuk menyediakan peluang kepada siswa/i bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai prosedur yang perlu difahami dan diikuti oleh siswa/i supaya dapat dijadikan garis panduan bagi siswa/i membuat permohonan.
  • Untuk berusaha menanam sikap berdikari dan keyakinan diri di kalangan siswa/i agar mereka bersedia mengalami perubahan dan cabaran yang bakal dihadapi setelah tamat pengajian masing-masing.
  • Untuk memupuk jaringan kerjasama yang lebih erat di antara Yayasan Sarawak dengan siswa/i, persatuan pelajar, jabatan dan agensi kerajaan, badan swasta dan institusi pengajian tinggi.

 
 

Aplikasi Dalam Talian

Permohonan Dalam Talian 

  • FAQs


  • Bayaran Balik Pinjaman 
  • FAQs