INSENTIF DAN ANUGERAH
Skim Anugerah Hadiah Cemerlang & Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak
Skim Anugerah Hadiah Cemerlang
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1986 sebagai insentif kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai
keputusan cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia bertujuan
menggalakkan para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pemilihan
pelajar-pelajar yang layak menerima hadiah ini dibuat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak
Diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai mengiktiraf dan menghargai komitmen para guru, pihak pentadbir sekolah,
pelajar cemerlang SPM keseluruhan dan pelajar Penan/Punan paling cemerlang.
Kategori dan kadar :
|
Pelajar Cemerlang Keseluruhan SPM
|
RM3,000
|
|
Pelajar Penan/Punan Cemerlang
|
RM750
|
|
Pengetua Cemerlang
|
RM5,000
|
|
Guru Besar Cemerlang
|
RM5,000
|
|
Guru Sekolah Menengah Cemerlang
(keseluruhan)
|
RM5,000
|
|
Guru Sekolah Rendah Cemerlang
(keseluruhan)
|
RM5,000
|
|
Guru Sekolah Menengah Cemerlang
(zon Utara, Tengah dan Selatan)
|
RM4,000
|
|
Guru Sekolah Rendah Cemerlang
(zon Utara, Tengah dan Selatan)
|
RM4,000
|
|
Sekolah Menengah Cemerlang
|
RM10,000
|
|
Sekolah Rendah Cemerlang
|
RM8,000
|