PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
Program ini merupakan program integrasi nasional yang diperkenalkan
pada tahun 1972 melalui penghantaran pelajar-pelajar Sarawak untuk kemasukan
ke tingkatan satu di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di Negeri-Negeri di
Semenanjung Malaysia dan disusuli dengan pengambilan pelajar-pelajar Semenanjung
Malaysia untuk menuntut pula di sekolah-sekolah menengah terpilih di Sarawak. Pada
tahun 1974, program ini diperkembangkan dengan pengambilan dan penajaan
pelajar-pelajar Sabah di bawah Yayasan Sarawak dan sebaliknya Yayasan Sabah
akan menaja pelajar-pelajar Sarawak di sekolah-sekolah menengah terpilih
di Sabah.
Objektif program
-
Memupuk semangat integrasi nasional di antara pelajar-pelajar Sarawak dengan
pelajar-pelajar Semenanjung dan Sabah dan sebaliknya
-
Mendedahkan pelajar-pelajar Sarawak khususnya dengan kemudahan pendidikan
di sekolah-sekolah Berasrama Penuh di Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia.
|
Permohonan
-
Permohonan adalah terbuka kepada para pelajar yang telah menduduki dan
mendapat keputusan kesemua ‘A’ dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
-
Tempoh permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR dan PMR diumumkan.
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Program Pertukaran Pelajar-YS12 (Pindaan 1/98).
|
Program perkampungan pelajar
Program ini diadakan pada waktu cuti persekolahan sebagai
mengisi masa lapang pelajar. Pelajar akan dikampungkan di satu tempat dan pelbagai aktiviti
berbentuk akademik dan bukan akademik dianjurkan. Selain bertujuan untuk
merapatkan para pelajar sesama sendiri, ia juga bertujuan merapatkan pelajar
dengan masyarakat setempat untuk mereka mengenali adat budaya tempatan
melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa program perkampungan.