
|
© Copyright YAYASAN SARAWAK All rights reserved
© Hakcipta terpelihara YAYASAN SARAWAK
This site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 1024X768 pixels
|
|
 |
| |
PAMERAN PENDIDIKAN
Pengenalan
Menyedari akan kurangnya
maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan di institusi pengajian tinggi
tempatan, swasta serta pusat perkhidmatan pendidikan sama ada dari dalam mahupun luar negara
di negeri Sarawak, maka Yayasan Sarawak mengambil langkah untuk menganjurkan
Pameran Pendidikan. Ianya telah mula diperkenalkan semenjak tahun 1996.

Objektif :
-
Untuk menyediakan maklumat terkini
mengenai peluang-peluang pendidikan yang ada di negara ini dan juga luar
negeri.
-
Untuk memberi peluang kepada
para pelajar bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan kaunseling dari
wakil-wakil institusi yang hadir serta untuk mengetahui perkembangan terkini kursus-kursus dan yuran pengajian
yang disediakan.
-
Untuk membuka minda pelajar
supaya mereka dapat membuat perancangan pembelajaran dengan lebih teratur.
-
Untuk memberi peluang kepada
orang ramai khususnya pihak ibubapa dan juga para pelajar supaya mengetahui akan peluang-peluang terkini yang disediakan
oleh institusi-institusi dan badan penaja.
Penyertaan :
-
Institusi pengajian tinggi awam
tempatan
-
Institusi luar negeri
-
Institusi swasta
-
Agensi perkhidmatan pendidikan
-
Penaja
Aktiviti :
-
Pameran pendidikan
-
Sesi kaunseling dan dialog
-
Ceramah
Kumpulan Sasaran :
Sarawak Education Fair ini
terbuka kepada pelajar-pelajar, ibubapa, guru dan orang ramai.
|
|
|
|
|
 |
 |
|
|
|